Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai
Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui bila
Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t
mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.
Menurut cerita kuno
disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno.
Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan
penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber
yang otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi
Idris.
Barangkali Idris adalah
seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t
mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat,
terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau
dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu.
Yang jelas Al-Qur'an
al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang
kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya,
dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya.
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s
telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s
katanya: "Hai malaikat
Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?."
Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris
kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan
kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa
itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau
mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat
beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat
Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat
izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia
mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa
Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil
memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan
permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail
bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut
itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan
binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup)
dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara
halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya."
Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut,
saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga
saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu,
rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam."
Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa
izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu
kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan
Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka
dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air
yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi
Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh
tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata
"Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah."
Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat
pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di
dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa
anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka
warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya
telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang
didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau
kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya
agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar
daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta
izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam
syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan
meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata
kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam
syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka
Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka
berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga.
"Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak
mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul
maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi
maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga)
sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya:
"Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah yang
mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada
malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan
dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli
dan penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman
kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud.
"Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan
seterusnya."
No comments:
Post a Comment