Tuesday, June 10, 2014

KISAH NABI YUNUS A.S

Beliau adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata: "Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata."

Mereka menamakannya Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang Nabi  yang  mulia  yang  diutus  oleh  Allah  s.w.t  kepada  kaumnya.  Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan  kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah s.w.t.

Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau  merasakan  keputusasaan  dari  kaumnya.  Hatinya  dipenuhi  dengan perasaan marah pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman- Nya:

"Dan  (ingatlah  kisah)  Dzun  Nun  (Yunus),  ketika  ia  pergi  dalam  keadaan marah,  lalu  ia  menyangka  bahawa  Kami  tidak  akan  mempersempitnya (menyulitkannya)  maka  ia  menyeru  dalam  keadaan  yang  sangat  gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau,   sesungguhnya  aku  termasuk   orang-orang   yang   zalim.'" (QS. al-Anbiya': 87)

Tidak  ada  seorang  pun  yang  mengetahui  gejolak  perasaan  dalam  diri  Nabi Yunus  selain  Allah  s.w.t.  Nabi  Yunus  tampak  terpukul  dan  marah  pada kaumnya.  Dalam  keadaan  demikian,  beliau  meninggalkan  kaumnya.  Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya.  Saat  itu  Nabi  Yunus  seakan-akan  lupa  bahawa  seorang  nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t. Namun keberhasilan atau  tidak  keberhasilan  dakwah  tidak  menjadi  tanggungjawabnya.  Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t semata.

Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian  ini,  Nabi  Yunus  merasakan  kesedihan.  Nabi  Yunus  berkata  dalam dirinya:  "Seandainya  ikan  itu  bersama  ikan  yang  besar  barangkali  ia  akan selamat.  Kemudian  Nabi  Yunus  mengingat-ingat  kembali  keadaannya  dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.

Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahawa beliau lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi   bawaan   atau   perbekalan,   dan   tidak   ada   seorang   pun   dari teman-temannya  yang  menemaninya;  beliau  benar-benar  sendirian;  beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.

Si  nahkoda  perahu  bertanya  kepadanya:  "Apa  yang  engkau  inginkan?" Mendengar  pertanyaan  itu,  Nabi  Yunus  pun  bangkit:  "Saya  ingin  untuk bepergian  dengan  perahu-perahu  kalian.  Apakah  kita  berlayar  dalam  waktu yang  lama?"  Nabi  Yunus  menampakkan  suara  yang  penuh  kemarahan,  rasa takut, dan kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya: "Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan  mencoba  sabar  dan  menyembunyikan  kegelisahannya:  "Tidakkah engkau mendahului agar jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata: "Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab: "Kami  tidak  menerima  ongkos  selain  emas."  Yunus  berkata:  "Tidak  jadi masalah."

Nahkoda   itu   memperhatikan   Nabi   Yunus.   Ia   adalah   seorang   yang berpengalaman  di  mana  ia  sering  mondar-mandir  dari  satu  pelabuhan  ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa Nabi Yunus melakukan suatu kesalahan tetapi  ia  tidak  berani  untuk  mengungkapkan  kesalahan  kepada  pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta kepada Nabi Yunus untuk  membayar  ongkos  sebanyak  tiga  kali  lipat  dari  vang  biasa  dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya dan diliputi dengan  kemarahan  yang  keras  dan  keinginan  kuat  untuk  meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.

Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang  naik  dan  terkadang  turun  laksana  ayunan.  Nabi  Yunus  berkata: "Tuanku  tentukan  bagiku  kamarku.  Aku  tampak  letih  dan  ingin  istirahat sebentar."  Si  nahkoda  berkata:  "Memang  itu  tampak  di  raut  wajahmu.  Itu kamarmu,"  sambil  ia  menunjuk  dengan  tangannya.  Kemudian  Nabi  Yunus membaringkan  diri  di  atas  kasur  dan  beliau  berusaha  untuk  tidur  tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan dengan batu  menyebabkan  beliau  tidak  dapat  tidur  dengan  tenang.  Nabi  Yunus merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya berputar-putar di atas  atap  kamar  tetapi  pandangan-pandangannya  yang  gelisah  itu  tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang tergantung dalam jiwaku."

Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus  saat  ia  terbaring  di  atas  ranjangnya.  Penderitaan  yang  keras  cukup memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa  sebab  yang  dapat  dipahami.  Dan  tibalah  waktu  pasang.  Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan  pun  berubah.  Bertiuplah  angin  yang  cukup  kencang  yang  sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah ombak yang cukup  dahsyat  laksana  orang  yang  kehilangan  akalnya.  Ombak  itu  meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.

Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus  yang  besar  yang  mulai  mengintai.  Ia  membuka  mulutnya.  Kemudian terdapat  perintah  kepada  ikan  paus  itu  untuk  bergerak  menuju  permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah s.w.t dan ia segera menuju permukaan  laut.  Ia  mulai  mengikuti  perahu  itu  sebagaimana  perintah  yang diterimanya.  Angin  yang  keras  tetap  bertiup  kemudian  kepala  perahu mengisyaratkan  dengan  tangannya  agar  beban  perahu  dikurangi.  Dan  angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau berusaha  berdiri  tegak,  tetapi  tidak  mampu.  Kemudian  kepala  perahu berteriak dan berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya.
Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan."

Nabi Yunus mengetahui bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan  itu,  mereka  meyakini  bahawa  bertiupnya  angin  yang  kencang akibat  murka  dari  tuhan.  Oleh  kerana  itu,  harus  diadakan  upaya  untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan nama  penumpang  lainya,  dan  dilakukanlah  undian.  Yang  keluar  justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang keluar nama
Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat  itu  para  awak  penumpang  memperhatikan  Nabi  Yunus.  Nabi  Yunus mengetahui bahawa beliau berbuat kesalahan ketika meninggalkan kaumnya dalam  keadaan  marah.  Nabi  Yunus  mengira  bahawa  Allah  s.w.t  tidak  akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah s.w.t memberikan pelajaran kepadanya.

Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya bulan.  Bintang-bintang  bersembunyi  di  balik  kegelapan.  Warna  air  tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian   nahkoda   perahu   berteriak:   "Lompatlah   wahai   musafir   yang misterius."  Tiupan  angin  semakin  kencang.  Nabi  Yunus  berusaha  menjaga keseimbangannya, dan beliau menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun dan berada di permukaan lautan laksana sampang  yang  mengambang.  Ikan  paus  berada  di  depannya.  Ikan  itu  mulai tersenyum  kerana  Allah  s.w.t  telah  mengirim  padanya  makanan  malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.

Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.

Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya  mulai  bergerak  untuk  bertasbih  kepada  Allah,  dan  lisannya  pun mulai  mengikutinya.  Beliau  mengatakan:  "Tiada  Tuhan  selain  Engkau  ya Allah.  Wahai  Yang  Maha  Suci.  Sesungguhnya  aku  termasuk  orang  yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)

Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah s.w.t. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada   Allah   s.w.t.   Beliau   tidak   henti-hentinya   bertasbih   dan   tidak henti-hentinya  menangis.  Beliau  tidak  makan,  tidak  minum,  dan  tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.

Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia mulai  menyadari  bahawa  ia  sedang  menelan  seorang  Nabi.  Ikan  paus  itu merasakan  ketakutan  tetapi  ia  berkata  dalam  dirinya  mengapa  aku  takut? Bukankah Allah s.w.t yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan  selain  Engkau  ya  Allah  Yang  Maha  Suci.  Sesungguhnya  aku  termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t  menurunkan  perintah  kepada  ikan  itu  agar  mengeluarkan  Yunus  ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut  ikan.  Beliau  tampak  sakit,  lalu  matahari  bersinar  dan  menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah  s.w.t  menumbuhkan  pohon  Yaqthin,  yaitu  pohon  yang  daun-daunnya lebar   yang   dapat   melindungi   dari   sinar   matahari.   Dan   Allah   s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah s.w.t berfirman:

"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul.  (Ingatlah) ketika ia lari  ke  kapal  yang  penuh  muatan,  kemudian  ia  ikut  berundi  lalu  dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar  dalam  keadaan  tercela.  Maka  kalau  sekiranya  ia  tidak  termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang  atau  lebih.  Lalu  mereka  beriman,  kerana  itu  Kami  anugerahkan kenikmatan  hidup  kepada  mereka  hingga  waktu  yang  tertentu." (QS. ash-Shaffat: 139-148)

"Dan (ingatlah  kisah) Dzunnun (Yunus), ketika  ia  pergi  dalam  keadaan marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya),  maka  ia  menyeru  dalam  keadaan  yang  sangat  gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan  doanya  dan  menyelamatkannya  dari  kedukaan.  Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."  (QS. al-Anbiya': 87-88)

Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi  adalah  orang-orang yang maksum  tetapi  kemaksuman  ini  tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan  celaan (hukuman).  Jadi  masalahnya  agak  relatif.  Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t).  Ini  memang  benar.  Sekarang,  marilah  kita  amati  kasus  Nabi  Yunus. Beliau  meninggalkan  desanya  yang  banyak  dipenuhi  oleh  orang-orang  vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan ia  tidak  peduli  dengan  hasil  dakwahnya.  Tugas  beliau  hanya  sekadar menyampaikan agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi - adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan hukuman- Nya padanya.

Allah s.w.t memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya.  Allah  s.w.t  mengutusnya  hanya  untuk  berdakwah.  Inilah  batasan dakwahnya  dan  beliau  tidak  perlu  peduli  dengan  kaumnya  yang  tidak mengikutinya dan kerana itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun- tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman. Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah s.w.t sehingga datang perintah Allah s.w.t melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya nescaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah s.w.t berfirman:

"Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)

Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal bersama mereka  nescaya  ia  akan  mengetahuinya  dan  hatinya  menjadi  tenang  serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap  tergesa-gesa  ini  berangkat  dari  keinginannya  agar  manusia  beriman. Usaha  Nabi  Yunus  untuk  meninggalkan  mereka  adalah  sebagai  ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan mereka. Maka Allah s.w.t menghukumnya   dan   mengajarinya   bahawa   tugas   seorang   nabi   hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.

NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana  semata-mata atas perintah  Allah  s.w.t  untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi   Yunus   mendapati   penduduk   Niwana   merupakan   manusia   yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah  hasil  buatan  manusia.  Nabi  Yunus  menasihatkan  mereka  bahawa berhala tersebut  tidak dapat  memberi apa-apa manfaat  kerana  berhala  itu tidak  boleh  bergerak  dan  berkata-  kata.  Nabi  Yunus  mengingatkan  mereka supaya  menyembah  Allah  s.w.t  yang  telah  menciptakan  manusia  dan  Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai  manusia  yang  mahu  menerimanya.  Mereka  lebih  suka  menyembah berhala-berhala  yang  di  sembah  oleh  datuk  nenek  mereka  secara  turun temurun.  Walaupun  Nabi  Yunus  memberi  nasihat,  tetapi  mereka  tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".


Nabi  Yunus  berkata  "Aku  hanya  menyampai  apa  yang  Allah  menyuruh  aku sampaikan  kepada  kamu  semua,  oleh  itu  kamu  beriman  dan  bertauhidlah menurut  agama  yang  aku  bawa  sebagai  amanat  Allah  s.w.t".  Berkata  Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah   Nabi   Yunus   melihat   keadaan   mereka   yang   tidak   menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka  gelisah  melihatkan  perubahan  yang  berlaku  di  tempat  tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan  mereka  kembali  tenang.  Akhirnya  mereka  semua  kembali  dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka.  Nabi  Yunus  telah  meninggalkan  Niwana  membawa  diri  tanpa tujuan.

Baginda  naik  bukit  turun  bulit,  naik  gunung  turun  gunung  dan  akhirnya  ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya.  Setelah  diberi  keizinan  maka  Nabi  Yunus  menumpang  kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan.  Ini  termasuk  penghuni  kapal  kapal  tersebut.  Satu  pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus  dibuang  ke  laut.  Oleh  sebab  Nabi  Yunus  adalah  orang  yang  sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah   kehendak   Allah.   Nabi   Yunus   memikirkan   kesalahannya   kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika  Nabi  Yunus  sedang  berlawan  dengan  gelombang,  maka  Allah  s.w.t mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan  nun  dia  berdoa  kepada  Allah  supaya  mengampuni  dosa  yang  telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah  hanya  Engkau  ya  Allah,  mahasuci  Engkau  aku  adalah  orang  yang membuat zalim atas diriku."

Maka  Allah  perkenankan  permintaannya  dan  Allah  lepaskan  dia  daripada kedukaan.  Demikianlah  Allah  selamatkan  orang  yang  beriman.  Rasulullah bersabda maksudnya:

"Nama  tuhan  yang  mulia,  siapa  yang  berdoa  dengan  nama  itu  akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan  tasbih,  nescaya  tidaklah  ia  dapat  keluar  dari  perut  ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya  kembali  ke  Niwana.  Nabi  Yunus  terkejut  kerana  penduduk  sedang menanti kepulangannya.  Penduduk  tersebut  meminta  Nabi  Yunus  mengajar  untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk  Niwana  dahulunya  terdiri  daripada  orang  yang  ingkar  dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.


No comments:

Post a Comment