Beliau
adalah seorang utusan Allah s.w.t. Telah terjadi pertentangan antara beliau dan
kaumnya tentang berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah
s.w.tdan mengajak kaumnya
tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.
Selesailah
halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan Allah s.w.tpada hari
kiamat. Allah s.w.t
menceritakan hal tersebut
dalam firman-Nya:
"Dan
sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah)
ketika ia berkata
kepada kaumnya: 'Mengapa
kamu tidak bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan
kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu
Allah Tuhanmu dan
Tuhan bapak- bapakmu
yang terdahulu?' Maka mereka
mendustakannya, kerana itu
mereka akan diseret
(ke neraka), kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian
yang baik) di
halangan orang-orang yang
datang kemudian. (Yaitu)
kesejahteran dilimpahkan atas
Ilyas? Sesungguhnya demikianlah
Kami memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya dia
termasuk hamba-hamba Kami
yang beriman." (QS.
ash-Shaffat: 123-132)
Hanya
ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan dengan kisah Nabi
Ilyas. Dan pendapat
yang paling kuat
adalah pendapat yang menyatakan bahawa
Ilyas adalah seorang
Nabi yang bernama
Ilya dalam Taurat. Injil
Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat Ilya.
Tentu nasihat-nasihat tersebut tidak
begitu terkenal dalam
Taurat. Kami akan menyebutkan nasihat-nasihat tersebut
kerana di dalamnya
terdapat hikmah yang dalam dan
ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam injil Barnabas dari ayat 23
sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa "Ilya adalah hamba Allah.
Hal ini ditulis bagi semua orang yang menginginkan untuk berjalan bersama Allah
Pencipta mereka. Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan
sedikit takut kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan
merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja. Hendaklah
orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan
amal-amal yang soleh
memperhatikan diri mereka
kerana seseorang tidak akan
memperoleh manfaat ketika
mendapati dunia mendapatkan keuntungan
sementara ia mendapati
kerugian. Selanjutnya, hendaklah
orang yang mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain
kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang yang
tidak mengamalkan apa
yang dikatakannya. Sebab,
bagaimana seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia
mendengar seorang yang lebih
buruk darinya berusaha
untuk mengajarinya. Kemudian hendaklah orang
yang mencari Allah
berusaha lari dari
percakapan dengan manusia kerana
Musa ketika berada sendirian di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah
dan berdialog dengan-Nya
sebagaimana seorang pencinta berdialog dengan kekasihnya. Dan
hendaklah orang-orang yang mencari Allah
berusaha
keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan
perkumpulan oleh masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu
amal pada satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya
berkaitan dengan pekerjaan
yang di situ ia mencari ridha Allah. Hendaklah ketika ia berbicara
tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia
berbicara hendaklah mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan
tidak berdiri dari meja makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah
mereka berpikir setiap hari
kerana boleh jadi mereka tidak akan
menemui hari berikutnya.
Dan hendaklah mereka
benar-benar memanfaatkan waktu
mereka sebagaimana mereka
selalu bernafas. Hendaklah satu
baju dari kulit
binatang cukup untuk
mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha untuk tidur tidak lebih
dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha berdiri di tengah-tengah salat dengan
rasa takut.
Kerjakanlah semua
ini dalam rangka
mengabdi kepada Allah
s.w.t dengan menjunjung tinggi
syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian melalui Nabi Musa. kerana
dengan cara seperti ini, kalian akan menemukan Allah s.w.t dan kalian
akan merasakan pada
setiap zaman dan
tempat bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t
dan Dia akan selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan
dalam injil Barnabas melalui tulisan Ilya.
No comments:
Post a Comment