Allah
SWT berfirman:
"Di
sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: 'Ya Tuhanku, berilah aku
dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar
doa. Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri
melakukan solat di mihrab (katanya): 'Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu
dengan kelahiran (seorang puteramu)
Yahya, yang membenarkan kalimat (yang
datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang
nabi termasuk keturunan orang-orang soleh." (QS. Ali 'Imran: 38-39)
"Hai
Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan
kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam
dari sisi Kami
dan kesucian (dari
dosa). Dan ia
adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang
tuanya, dan bukanlah ia
orang yang sombong
dan derhaka. Kesejahteraan
atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia meninggal dan
pada hari ia dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15)
"Hai
Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (memperoleh) seorang
anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang
yang serupa dengan dia." (QS. Maryam: 7)
Inilah
Yahya seorang Nabi yang Allah SWT bersaksi bahawa sebelumnya tak seorang pun
yang serupa dengannya.
Yaitu seorang Nabi
yang Allah SWT berkata tentangnya:
"Dan
rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami." (QS. Maryam: 13)
Sebagaimana
Khidir diberi ilmu dari sisi Allah SWT, maka Yahya diberi rasa cinta dari sisi
Allah SWT. Al-Hanan ialah ilmu yang luas yang terkandung di dalamnya sesuatu
kecintaan yang dalam terhadap makhluk dan alam. Hanan ialah salah satu dari
tingkat cinta yang bersumber dari ilmu. Yahya adalah seorang Nabi yang menjadi
cermin dari ibadah, zuhud, dan cinta. Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua
makhluk. Ia dicintai
oleh manusia, burung-burung,
binatang buas, bahkan gurun dan gunung. Darah Nabi Yahya tertumpah ketika
beliau berusaha mempertahankan kebenaran
yang disampaikannya di istana raja yang lalim. Peristiwa tragis itu
berkaitan dengan seorang penari pelacur. Para ulama banyak menyebutkan
keutamaan Yahya. Yahya hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat
dekatnya dari sisi ibu (anak bibinya).
Ada hadis
yang meriwayatkan bahawa
Yahya dan Isa
pernah bertemu pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada
Yahya, mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya.
Sesungguhnya engkau lebih
baik daripada aku.
Yahya berkata: "Mintakanlah
ampun bagiku wahai Isa kerana engkau lebih baik daripada aku." Isa berkata: "Tidak,
engkaulah yang lebih
baik daripada aku.
Engkau mengucapkan salam kepadaku
sedangkan Allah SWT
mengucapkan salam kepadamu."
Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya ketika Allah S"WT menyampaikan
salam kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia mati, dan pada hari ia
dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw
pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu hari, beliau mendapati
mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada yang mengatakan, Musa
kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah SWT). Ada yang
mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan ada juga yang mengatakan,
Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT).
Demikianlah para
sahabat berbicara tentang
para nabi lalu
Rasulullah saw menemui mereka.
Ketika Rasul saw mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, beliau berkata:
"Di manakah putera seorang syahid yang mendapatkan banyak penderitaan,
yang memakan pohon
kerana takut dosa,
di manakah Yahya bin
Zakaria."
Sementara
itu, datanglah musim semi di Palestina dan bumi tampak semakin menghijau dan
langit semakin terang.
Bulan dengan cahayanya
menembus puncak-puncak pohon dan
kebun. Bunga-bunga mawar
dan jeruk semakin berkembang dan baunya tersebar ke
udara. Dan burung- burung yang sedang berterbangan tampak
bernyanyi dan melantunkan
lagu-lagu kegembiraan di tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh
keindahan.
Kemudian
lahirlah Yahya. Kelahiran Yahya dipenuhi banyak mukjizat. Beliau lahir pada
saat ayahnya Zakaria berusia lanjut sehingga tampak seakan-akan ia putus asa
kerana tidak akan mempunyai keturunan. Beliau lahir melalui doa yang suci yang
bersumber dari hati Nabi Zakaria yang suci dan tulus. Nabi Yahya lahir
di tengah-tengah masa
yang dipenuhi dengan
puncak kesucian sebagaimana juga
dihiasi dengan puncak
kelaliman. Maryam adalah
simbol puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang
harum yang memancarkan kalimat- kalimat
solat yang terus
menerus dan zikir
yang bersumber dari hati
yang suci. Masjid
tampak dipenuhi dengan
gelombang orang-orang yang solat dan orang-orang mukmin yang berzikir.
Namun nun jauh di sana kelaliman tetap membunyikan genderangnya.
Yahya
dilahirkan dan masa kecilnya tidak seperti lazimnya masa yang dilalui oleh anak-anak.
Umumnya anak-anak saat
itu bermain hal-hal
yang tidak berguna, sedangkan
Yahya tampak serius sejak beliau kecil. Anak-anak kecil saat itu
merasa senang dan
terhibur ketika mereka
menyeksa binatang, sementara
Yahya justru memberi makan bintang- binatang dan burung dari makanannya sebagai
bentuk belas kasihan darinya, bahkan terkadang Yahya sendiri makan dari
daun-daun pohon atau buahnya. Ketika beliau menginjak usia dewasa,
maka cahaya wajahnya
semakin bersinar dan
hatinya penuh dengan hikmah dan
cinta kepada Allah SWT serta kedamaian. Yahya adalah
seseorang
yang menyukai membaca sejak usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu.
Ketika beliau masih kecil, Allah SWT memanggilnya: "Hai Yahya,
ambilah al-Kitab (Taurat) itu
dengan sungguh-sungguh. Dan
Kami berikan kepadanya hikmah
selagi ia masih anak-anak."
Yahya
mendapatkan perintah—saat beliau masih kecil—untuk mengambil Kitab dengan
kekuatan. Yakni, hendaklah ia belajar kitab dengan penuh ketelitian, Yaitu kitab
syariat. Allah SWT
memberinya kemampuan untuk
mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia saat beliau masih
kecil. Yahya adalah orang yang paling
alim di zamannya
dan paling banyak
menerima hikmah. Beliau mempelajari
syariat secara sempurna.
Oleh kerana itu,
Allah SWT memberinya kekuasaan
saat beliau masih kecil. Beliau mampu menyelesaikan persoalan di
antara manusia dan
menjelaskan mereka rahsia-rahsia
agama, bahkan beliau mengenalkan mereka jalan kebenaran dan mengingatkan
mereka dari jalan kesalahan
atau kebatilan. Kemudian
Yahya semakin dewasa
dan ilmunya makin bertambah serta kasih sayangnya pun makin meningkat,
baik kepada kedua orang
tuanya mahupun kepada
binatang. Kasih sayang
Nabi Yahya meliputi segala sesuatu.
Beliau mengajak
manusia untuk bertaubat
dari dosa mereka;
beliau memandikan mereka di sungai Jordania agar mereka menyucikan diri
mereka dengan taubat; beliau mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Di sana
tidak terdapat seseorang
yang tidak suka
kepada Yahya atau
menginginkan keburukan
baginya. Yahya adalah
seseorang yang sangat
dicintai oleh masyarakatnya kerana
ia memang seorang
yang penyayang, seorang
yang bertakwa, seorang yang alim, dan seorang yang berbudi mulia. Beliau
keluar dan pergi ke gunung dan kebun bahkan gurun dan tinggal di dalamnya
selama berbulan-bulan untuk menyembah
Allah SWT dan
menangis di hadapan-Nya serta solat.
Beliau merasakan kedamaian
di daratan, bahkan
beliau tidak memperhatikan
makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan minum dari air sungai. Bahkan
beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau tidur di gua mana
pun yang ditemuinya
di gunung dan
lubang mana pun
yang didapatinya di bumi.
Terkadang
beliau masuk di suatu gua gunung lalu beliau menemukan binatang buas di
dalamnya seperti serigala atau singa namun kerana kesibukannya dan konsentrasinya
saat berzikir kepada Allah SWT dan solat sehingga beliau tidak lagi
memperhatikan serigala atau singa. Serigala dan singa itu melihat Nabi Yahya
lalu mereka mengetahui bahawa ini adalah seorang Nabi Allah SWT yang sangat berbelas
kasih kepada binatang,
maka binatang-binatang buas
itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu dengan tenang
sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka.
Pada
kesempatan yang lain, Nabi Yahya memberi makan binatang- binatang buas dengan
penuh kasih sayang. Bahkan beliau tidak makan di malam harinya kerana makanannya
diberikan kepada binatang-binatang itu.
Beliau merasa puas saat
menjadikan solat dan zikir sebagai makanan dari hatinya sebelum beliau memberi
makanan pada tubuhnya. Beliau makan dari daun-daun pohon. Beliau bermalam atau
bergadang dalam keadaan air matanya berlinangan saat berzikir kepada Allah SWT
dan tenggelam dalam lautan cinta dan bersyukur kepada-Nya. Ketika
Nabi Yahya berdiri
di depan manusia
untuk mengajak mereka menyembah
Allah SWT, maka
beliau mampu membuat
mereka menangis kerana cinta dan khusyuk. Beliau mampu mempengaruhi hati
mereka dengan kebenaran yang dibawanya dan beliau menampakkan bahawa beliau
memang dekat dengan Allah SWT.
Pada
suatu hari, Nabi Yahya keluar menemui manusia. Masjid tampak ramai
dipenuhi orang-orang. Nabi
Yahya berdiri dan
beliau mulai berbicara: "Sesungguhnya Allah
SWT memerintahkan aku
untuk menyampaikan kalimat-kalimat
yang telah aku kerjakan dan aku telah memerintahkan kalian untuk juga
mengerjakannya. Hendaklah kalian menyembah Allah SWT dan tidak
menyekutukan-Nya. Barang siapa
yang menyekutukan Allah
SWT dan menyembah selain-Nya,
maka ia seperti
seorang budak yang
dibeli oleh majikannya lalu
ia bekerja dan
memberikan tenaganya kepada
tuan selain tuannya. Siapakah di
antara kalian yang ingin memiliki budak seperti itu. Dan aku memerintahkan
kalian untuk melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah SWT melihat hamba-Nya
saat ia solat.
Oleh kerana itu,
jika kalian solat,
maka hendaklah kalian berusaha
untuk khusyuk. Aku
pun memerintahkan kalian untuk
berpuasa, maka siapa
yang melakukan demikian,
maka ia seperti seseorang lelaki
yang mempunyai bingkisan
dari misik yang
baunya harum. Setiap lelaki ini
berjalan, maka akan terpancarlah bau harum misik darinya. Aku pun memerintahkan
kalian agar banyak melakukan zikir kepada Allah SWT, maka orang seperti itu
seperti seorang lelaki yang dicari-cari oleh musuhnya lalu ia segera berlindung
dalam benteng yang kuat. Dan benteng yang paling kuat adalah zikrullah dan
tiada keselamatan tanpa benteng itu."
Nabi
Yahya mengakhiri nasihatnya lalu ia turun dari mimbar dan kembali ke gurun. Di
gurun itu hanya terdapat pasir yang berterbangan dan tiada suara lain selain
suara angin dan nafas pohon serta suara kaki-kaki binatang buas dan
gerakan batu-batu gunung.
Di sanalah Yahya
berdiri di tengah-tengah kesunyian ini. Beliau
melaksanakan solat dan menangis.
Kemudian
terjadilah pergelutan hebat antara Nabi Yahya dan pemerintah yang berkuasa.
Salah seorang penguasa di zaman itu adalah seorang yang lalim dan sempit
akalnya. Kerosakan tersebar di istananya. Ia mendengar berita tentang Yahya. Ia
heran kerana banyaknya manusia yang memberikan penghargaan dan penghormatan
yang luar biasa kepada Yahya sedangkan ia sebagai seorang raja tidak
mendapatkan penghormatan yang demikian besar.
Raja
tersebut ingin memperkosa isteri saudaranya di mana ia mempunyai anak perempuan
yang memiliki kecantikan yang terkenal. Dalam cerita disebutkan bahawa anak
perempuan itu mampu
melakukan tarian yang
mengagumkan sambil memakai tujuh helai baju. Setiap ia menari, maka
terlepaslah setiap baju yang dipakainya dan pada tarian yang terakhir, ia
tampak dalam keadaan telanjang.
Raja bertanya
kepada Yahya, apakah
ia boleh menikahi
isteri saudaranya. Yahya
menjawab, itu tidak diperbolehkan. Raja tetap berbicara kepada Yahya dan
mendesak kepadanya agar membolehkannya menikah dengan wanita yang disukainya
itu, dan hendaklah Yahya mencari solusi atau fatwa yang sangat memuaskannya.
Namun Yahya menolak keras untuk memenuhi permintaan raja itu. Kemudian
Yahya pun meninggalkannya. Akhirnya,
raja tampak marah kepada Yahya dan memerintahkan agar
Yahya dipenjara. Kemudian raja itu pun
memperkosa isteri saudaranya.
Anak perempuan wanita
itu yang suka menari telah melihat Yahya saat ia
berbicara dengan raja. Anak perempuan itu sangat tertarik akan ketampanan Yahya
dan keagungan keperibadiannya.
Ringkasnya,
wanita yang ahli menari itu pun merasa jatuh cinta kepada Yahya. Ia pergi
menemui Yahya di penjaranya dan ia melihat Yahya dalam keadaan duduk solat dan
menangis. Wanita itu terus mengawasi Yahya saat beliau solat sampai selesai.
Lalu ia meletakkan
dirinya di bawah
kaki Yahya dan memintanya agar
mencintainya sebagaimana ia
mencintai Yahya. Yahya menjawab bahawa di dalam hatinya tidak
ada cinta lain selain cinta kepada Allah SWT. Wanita itu pun bangkit dari
tempatnya dalam keadaan putus asa. Ia meninggalkan Yahya dalam keadaan hatinya
dipenuhi kebencian padanya. Ia kembali ke istana raja.
Waktu
Isyak telah berakhir. Raja mulai meminum minuman kesukaannya, yaitu khamr. Wanita
itu memberikan minum
kepada raja. Makin
banyaknya raja minum,
sampai-sampai raja merasa bahawa kepalanya seperti belon besar dan ia sebentar
lagi akan terbang. Di sanalah wanita penari itu segera memakai pakaian tarian
dan kembali kepada
raja. Raja melihatnya
dan ia merasa kepalanya bertambah
besar dan wanita
itu mulai menari.
Lalu dipukullah rebana dan
berbagai alat muzik
sehingga wanita itu
tampak menari dan menikmati tariannya. Pada tarian ke tujuh
ia berhenti lalu membuka wajahnya sambil
berkata kepada raja:
"Wahai tuanku, aku
ingin bertanya sedikit kepadamu." Raja yang sedang
mabuk itu berkata: "Segala sesuatu yang engkau inginkan akan kuberikan
kepadamu sekarang juga." Wanita itu berkata: "Aku menginginkan kepala
Yahya bin Zakaria."
Mendengar
perkataan itu, raja segera sadar dari mabuknya lalu ia merasakan ketakutan. Ia
berkata kepadanya: "Mintalah kepadaku yang lain saja." Wanita itu
berkata: "Aku menginginkan darah Yahya bin Zakaria." Wanita ini
adalah simbol keburukan. Raja berkata sambil minum minuman keras yang keempat
kalinya setelah empat
puluh kali: "Bunuhlah Yahya!"
Akhirnya, pemimpin pasukan raja
mengeluarkan perintah kepada anak buahnya untuk menghabisi Yahya. Kemudian Yahya menemui ajalnya secara tragis dan meneguk madu syahadah.
Injil
Mata pada pasal yang keempat belas menyebutkan suatu riwayat sebagai berikut:
"Hirdus telah
menangkap Yuhana lalu
ia memasukkan ke
dalam penjara kerana Hirduya
isteri dari saudaranya. Sebab Yuhana berkata kepadanya, engkau tidak
boleh mengambilnya sebagai
isterimu. Ia ingin
membunuh Yuhana tetapi ia
khuatir terhadap reaksi
masyarakat kerana mereka menganggapnya sebagai
seorang Nabi. Ketika
diadakan acara kelahiran Hirdus salah seorang perempuan anak
dari Hirduya menari di tengah-tengah para
hadirin sehingga Hirdus
merasa kagum, kerananya
kemudian ia bersumpah bahawa
apa pun yang
diminta penari itu
akan diturutinya. Wanita itu
berkata: "Berikanlah kepadaku kepala Yuhana." Sebetulnya raja
itu keberatan tetapi
ia sudah terlanjur
bersumpah dan disaksikan orang-orang di
sekitarnya, maka ia
pun memerintahkan agar
permintaan wanita itu dituruti.
Kemudian kepala Yuhana
dikirim dari penjara,
dan diberikan kepada gadis itu, lalu gadis itu membawanya kepada
ibunya."
No comments:
Post a Comment